Thursday 19 April 2012

AURAT...

Kenapa perlu pakai tudung...mengikut kaedah sains

>>>Allah s.w.t menyayangi hamba2Nya...cuma kita sahaja yg tidak pernah menghayati dan terfikir akan setiap sesuatu itu kenapa Islam mensyariatkan supaya bertudung... tahukah anda bahawa...

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Allah swt sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan.. dan benarlah kata nabi s.a.w " seindah hiasan adalah wanita solehah "

" seindah hiasan adalah wanita solehah " ♥ ♥ ♥
Jadi rasa-rasanya ini adalah satu kelebihan atau satu kelemahan untuk wanita?
..kerana ini adalah salah satu tanda Allah swt mencintai hamba-hambaNya

“ afala ta’kilun “

“ afala tatafakkarun “

“tidakkah kau berfikir? “

“ dan nikmat Tuhan manakah yang kau nafikan?

Saturday 10 December 2011

               Tanda-tanda ikhlas
Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut: 
1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
 
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
 
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
 
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
 
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
 
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.